IDENTITI AKRAB DALAM ORGANISASI

AKRAB yang dibentuk dan dipilih dalam sesebuah jabatan akan mempunyai jawatankuasa yang menyelaras dari segi aktiviti ahli-ahlinya. Jawatankuasa ini akan diletakkan di bawah pengurusan sumber manusia sesebuah kementerian, jabatan atau agensi. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan membantu, menyelaras dan memantau dari segi perkembangan, sumbangan dan kebajikan ahli-ahli AKRAB. Justeru itu, ahli-ahli AKRAB sebagai satu kelompok dalam sebuah kementerian dan jabatan dibenarkan mencipta identiti sendiri, supaya kehadiran dan penubuhannya dirasai dan menepati matlamat penubuhan kelompok ini.

Bagi mencapai hasrat tersebut, ahli AKRAB dikehendaki mempunyai logo, visi dan misi serta lagunya sendiri sebagai satu identiti kepada kelompok.



MOTO

AKRAB Cemerlang, Perkhidmatan Awam Terbilang


VISI

Menjadikan AKRAB sebagai penggerak pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia.


MISI

1. Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga organisasi.
2. Membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan kehidupan.
3. Bertindak sebagai perantara antara pegawai dengan Pegawai Psikologi dalam membuat saringan kesesuaian masalah.
4. Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pemngurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti AKRAB.